Wednesday, 30 November 2016

Makanan di Sabah 

 1. Sagol (atau Siagol)


Sagol (juga dipanggil Siagol) merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Bajau di Sabah. Sagol merupakan sebuah perkataan dalam bahasa Bajau yang bererti dicampur atau campuran. Makanan ini selalunya dimasak dengan menggunakan daging Ikan Buntal, Ikan Pari atau Ikan Yu (umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar. Kini, penangkapan Ikan Yu adalah dilarang kerana antara spesis ikan yang diancam kepupusan). Penduduk Bajau Pantai Timur Sabah amat handal dalam perikanan dan aktiviti lauk termasuk juga memasak ikan beracun seperti Ikan Buntal. Ikan Buntal perlu dikendalikan oleh tukang masak yang handal untuk menyingkirkan racunnya agar selamat dimakan. Sagol juga boleh dimasak dalam dua jenis masakan iaitu Sagol kering (tiada kuah) dan Sagol basah (ada kuah).


2. Kilau (atau Kinilau)
Kilau atau juga dikenali sebagai Kinilau merupakan makanan tradisional Bajau yang dikatakan "Sushi versi Borneo". Makanan ini diberi gelaran sedemikian kerana bahan utamanya adalah ikan yang tidak perlu dimasak tetapi dimakan mentah-mentah. Walaupun dimakan secara mentah, daging ikan tersebut adalah selamat dan bersih kerana dicampurkan dengan cuka dan limau. Selain daging ikan sebagai bahan utama, beberapa bahan lain akan dicampur untuk meng'awesome' kan lagi rasanya seperti mangga, lada, bawang, tomato dan halia. Di kalangan Kadazan-Dusun, Kilau atau Kinilau dikenali sebagai Hinava.


3. Putu (atau Piutu)

Putu atau juga dikenali sebagai Piutu merupakan sejenis makanan yang digunakan untuk menggantikan nasi. Bahan utama makanan ini ialah ubi kayu yang telah diperah airnya dan dimasak secara stim (dipanggil tepung 'Panggih'). Ada yang menggambarkan rasanya "seperti ubi kayu yang dicampur dengan tepung". Ianya sedikit kental dan melekit dan selalunya dibungkus seperti yang tertera dalam gambar. Putu lebih sedap dimakan bersama makanan laut yang juga makanan tradisional Sabah seperti Sagol, Kima, Tehe'-Tehe', Tayum dan banyak lagi. Gabungan combo antara Putu dan makanan-makanan laut tersebut juga dikatakan mampu membuka selera makan bagi yang mempunyai masalah kurang selera makan. Harga Putu kadang kala 50 sen sebungkus atau 3 bungkus bersamaan RM1. Milan pun selalu makan juga dan confirm berpeluh satu badan sebab lebih enak dimakan pedas-pedas. Paling siok kalau pedas-pedas mulut tu kita minum air sejuk. Slurppp :D

4. Lato'
Gambar daripada nuraripgasli.blogspot.com

Latok atau gelaran yang diberi "Anggur Laut" merupakan sejenis tumbuhan laut menyerupai anggur berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di mana-mana restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak dimakan bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan laut perlu dielakkan dari terkena cahaya matahari agar ianya tidak layu. Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap. Milan selalu makan Latok ni. Kalau pergi pasar di KK confirm mama beli untuk dimakan seisi keluarga.


5. Tehe'-Tehe'
Gambar daripada csc208-sabah.blogspot.com

Nasi Himpit Tehe'-Tehe'

Tehe-tehe adalah sejenis makanan laut yang terkenal di kalangan Bajau Pantai Timur Sabah. Ianya amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Cara penyediaan nya amat mudah dimana anda perlu mencuci tehe-tehe tersebut, masukkan beras ke dalamnya dan rebus. Selepas nasi sudah masak, potong tehe-tehe tersebut dan boleh dihidangkan. Ini lah yang dipanggil Nasi Himpit Tehe'-Tehe' Rasanya ada hampir-hampir macam telur ikan tapi memang sedap. 

6. Kima
Gambar daripada ghana9513.blogspot.com

Kima adalah sejenis kerang laut yang merupakan makanan tradisional Bajau Pantai Timur Sabah. Bajau Pantai Timur yang sememangnya terkenal sebagai "Sea Gypsies" amat handal dalam menyelam dan selalu mendapat Kima sebagai makanan harian pada masa dulu. Makanan ini boleh dimakan samada secara mentah (selepas dibersihkan) atau selepas dimasak. Kima yang dimasak selalu dicampurkan bersama sayur-sayuran.

No comments:

Post a Comment