Wednesday, 30 November 2016


TEMPAT PENGINAPAN

Dragon inn merupakan tempat penginapan yang di sediakan untuk penduduk tempatan dan dan pelancong luar . Selain itu, Seafest Hotel juga terut menyediakan kemudahan penginapan. Penginapan yang ada di Semporna kedua-dua tersebut merupakan penginapan yang kelas khususnya di dearah Semporna.



                                    penginapan di Semporna ((Dragon Inn)

                                    penginapan di semporna (Dragon Inn)


Bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada mereka yang mendapat kemudahan ini. Pulau-Pulau pelancong utama di dearah Semporna seperti Pulau Sipadan dan Pulau Mabul terut kepada para pengungung atau pelancong


penginapan di semporna

Makanan di Sabah 

 1. Sagol (atau Siagol)


Sagol (juga dipanggil Siagol) merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Bajau di Sabah. Sagol merupakan sebuah perkataan dalam bahasa Bajau yang bererti dicampur atau campuran. Makanan ini selalunya dimasak dengan menggunakan daging Ikan Buntal, Ikan Pari atau Ikan Yu (umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar. Kini, penangkapan Ikan Yu adalah dilarang kerana antara spesis ikan yang diancam kepupusan). Penduduk Bajau Pantai Timur Sabah amat handal dalam perikanan dan aktiviti lauk termasuk juga memasak ikan beracun seperti Ikan Buntal. Ikan Buntal perlu dikendalikan oleh tukang masak yang handal untuk menyingkirkan racunnya agar selamat dimakan. Sagol juga boleh dimasak dalam dua jenis masakan iaitu Sagol kering (tiada kuah) dan Sagol basah (ada kuah).


2. Kilau (atau Kinilau)
Kilau atau juga dikenali sebagai Kinilau merupakan makanan tradisional Bajau yang dikatakan "Sushi versi Borneo". Makanan ini diberi gelaran sedemikian kerana bahan utamanya adalah ikan yang tidak perlu dimasak tetapi dimakan mentah-mentah. Walaupun dimakan secara mentah, daging ikan tersebut adalah selamat dan bersih kerana dicampurkan dengan cuka dan limau. Selain daging ikan sebagai bahan utama, beberapa bahan lain akan dicampur untuk meng'awesome' kan lagi rasanya seperti mangga, lada, bawang, tomato dan halia. Di kalangan Kadazan-Dusun, Kilau atau Kinilau dikenali sebagai Hinava.


3. Putu (atau Piutu)

Putu atau juga dikenali sebagai Piutu merupakan sejenis makanan yang digunakan untuk menggantikan nasi. Bahan utama makanan ini ialah ubi kayu yang telah diperah airnya dan dimasak secara stim (dipanggil tepung 'Panggih'). Ada yang menggambarkan rasanya "seperti ubi kayu yang dicampur dengan tepung". Ianya sedikit kental dan melekit dan selalunya dibungkus seperti yang tertera dalam gambar. Putu lebih sedap dimakan bersama makanan laut yang juga makanan tradisional Sabah seperti Sagol, Kima, Tehe'-Tehe', Tayum dan banyak lagi. Gabungan combo antara Putu dan makanan-makanan laut tersebut juga dikatakan mampu membuka selera makan bagi yang mempunyai masalah kurang selera makan. Harga Putu kadang kala 50 sen sebungkus atau 3 bungkus bersamaan RM1. Milan pun selalu makan juga dan confirm berpeluh satu badan sebab lebih enak dimakan pedas-pedas. Paling siok kalau pedas-pedas mulut tu kita minum air sejuk. Slurppp :D

4. Lato'
Gambar daripada nuraripgasli.blogspot.com

Latok atau gelaran yang diberi "Anggur Laut" merupakan sejenis tumbuhan laut menyerupai anggur berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di mana-mana restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak dimakan bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan laut perlu dielakkan dari terkena cahaya matahari agar ianya tidak layu. Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap. Milan selalu makan Latok ni. Kalau pergi pasar di KK confirm mama beli untuk dimakan seisi keluarga.


5. Tehe'-Tehe'
Gambar daripada csc208-sabah.blogspot.com

Nasi Himpit Tehe'-Tehe'

Tehe-tehe adalah sejenis makanan laut yang terkenal di kalangan Bajau Pantai Timur Sabah. Ianya amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Cara penyediaan nya amat mudah dimana anda perlu mencuci tehe-tehe tersebut, masukkan beras ke dalamnya dan rebus. Selepas nasi sudah masak, potong tehe-tehe tersebut dan boleh dihidangkan. Ini lah yang dipanggil Nasi Himpit Tehe'-Tehe' Rasanya ada hampir-hampir macam telur ikan tapi memang sedap. 

6. Kima
Gambar daripada ghana9513.blogspot.com

Kima adalah sejenis kerang laut yang merupakan makanan tradisional Bajau Pantai Timur Sabah. Bajau Pantai Timur yang sememangnya terkenal sebagai "Sea Gypsies" amat handal dalam menyelam dan selalu mendapat Kima sebagai makanan harian pada masa dulu. Makanan ini boleh dimakan samada secara mentah (selepas dibersihkan) atau selepas dimasak. Kima yang dimasak selalu dicampurkan bersama sayur-sayuran.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

     PULAU MABUL

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Negeri Sabah,Malaysia.Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin.Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan scuba diving.Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan.



PULAU SIPADAN
bagai salah satu daripada 5 lokasi selam skuba di dunia.


Merupakan satu-satunya pulau samudera di Negara Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari aras laut.Perjalanan dari Pulau Mabul ke Pulau Sipadan cuma mengambil masa dalam 15 minit sahaja
Sipadan juga di senaraikan se

PULAU BOHEY DULANG



Untuk ke pulau ini,jarak perjalanan dari kawasan Jeti di Pekan Semporna ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa lebih kurang 30 minit.Pulau Bohey Dulang merupakan 1 dari 8 pulau yang terdapat di dalam Tun Sakaran Marine Park.
Keindahan hiking dan pemandangan dari atas menjadi tarikan utama menarik para pelancong untuk datang....


























1. 
Activies In Mabul Island
Pulau Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. 
Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah dikelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter. 
Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah.
Menyelam skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, 'pipefish' dan belut ular. Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu dengan kelebihannya yang tersendiri. 
Aktiviti di Pulau Mabul sering bergantung kepada resort yang pengunjung pilih untuk menginap. Pulau Mabul menyediakan  chalets pantai sederhana dan murah sehinggalah banglo yang mahal dan mewah. Banglo yang dibina di atas perairan cetek mengingatkan gaya kehidupan santai Maldives. Antara aktiviti yang boleh dilakukan merangkumi Snorkeling, kayak laut, bola tampar pantai serta berehat di kolam renang atau Jacuzzi



Maklumat Syarikat
Borneo Authentic Adventure Sdn. Bhd.
(455.114-W)AdventureLot No.3, 1st Floor, Putatan Point, 88200, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel:088-773 066012-839 9993Fax 088-772 066
e-mel
info@borneo-authentic.comwww.borneo-authentic.com


Peta kawasan













Hasil carian imej untuk PETA SEMPORNA





Daerah Semporna merupakan daerah yang sibuk menerima kemasukan pelancong setiap hari. Sebab utamanya adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Atas sebab ini, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, 'snorkeling', berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan
Terdapat lebih 20 Operator Pelancongan wujud di Semporna bagi pengurusan Hotel/Resort, kursus menyelam(PADI Diving Courses) bertaraf dunia, khidmat penyewaan bot untuk tujuan 'Island Hopping' dan memancing. 

Untuk keselamatan penyelam, TLDM Semporna (KD Sri Semporna) menyediakan khidmat rawatan kecemasan khas bagi menangani kes-kes kecederaan menyelam. 
Untuk tujuan menyelam, 'Snorkeling', berkelah, berbulan-madu, 'Island-Hopping' dan menginap di 'Resort' rumah-rumah air, anda boleh memilih untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini di Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Kapalai, Mataking, Pom-pom, Sibuan, dan Taman Marin Tun Sakaran.

Bagi penggemar memancing, anda boleh memilih untuk memancing di laut atau di tepi pantai bahagian tanah besar Semporna. Perkhidmatan 'sewa bot' disediakan di sepanjang kawasan pantai Pekan Semporna manakala peralatan memancing seperti joran, 'rapala', kail, tangsi dan lain-lain boleh anda dapatkan dengan mudah di Pekan Daerah Semporna seperti dikawasan pasar, Ssupermarket Milimewa dan Bandar Baru Pekan Semporna (berhampiran dengan 'Resort floating Dragon-Inn'). Lain-lain keperluan penjagaan diri (seperti Sunblock/Sunscreen) boleh didapati di 'Guardian', Semporna.\