Makanan di Sabah
1. Sagol (atau Siagol)
Sagol (juga dipanggil Siagol) merupakan salah satu makanan tradisional
suku kaum Bajau di Sabah. Sagol merupakan sebuah perkataan dalam bahasa
Bajau yang bererti dicampur atau campuran. Makanan ini selalunya dimasak
dengan menggunakan daging Ikan Buntal, Ikan Pari atau Ikan Yu (umumnya
ikan yang mempunyai hati yang besar. Kini, penangkapan Ikan Yu adalah
dilarang kerana antara spesis ikan yang diancam kepupusan). Penduduk
Bajau Pantai Timur Sabah amat handal dalam perikanan dan aktiviti lauk
termasuk juga memasak ikan beracun seperti Ikan Buntal. Ikan Buntal
perlu dikendalikan oleh tukang masak yang handal untuk menyingkirkan
racunnya agar selamat dimakan. Sagol juga boleh dimasak dalam dua jenis
masakan iaitu Sagol kering (tiada kuah) dan Sagol basah (ada kuah).
2. Kilau (atau Kinilau)
Kilau atau juga dikenali sebagai Kinilau merupakan makanan tradisional
Bajau yang dikatakan "Sushi versi Borneo". Makanan ini diberi gelaran
sedemikian kerana bahan utamanya adalah ikan yang tidak perlu dimasak
tetapi dimakan mentah-mentah. Walaupun dimakan secara mentah, daging
ikan tersebut adalah selamat dan bersih kerana dicampurkan dengan cuka
dan limau. Selain daging ikan sebagai bahan utama, beberapa bahan lain
akan dicampur untuk meng'awesome' kan lagi rasanya seperti mangga, lada,
bawang, tomato dan halia. Di kalangan Kadazan-Dusun, Kilau atau Kinilau
dikenali sebagai Hinava.
3. Putu (atau Piutu)
Putu atau juga dikenali sebagai Piutu merupakan sejenis makanan yang
digunakan untuk menggantikan nasi. Bahan utama makanan ini ialah ubi
kayu yang telah diperah airnya dan dimasak secara stim (dipanggil tepung
'Panggih'). Ada yang menggambarkan rasanya "seperti ubi kayu yang
dicampur dengan tepung". Ianya sedikit kental dan melekit dan selalunya
dibungkus seperti yang tertera dalam gambar. Putu lebih sedap dimakan
bersama makanan laut yang juga makanan tradisional Sabah seperti Sagol,
Kima, Tehe'-Tehe', Tayum dan banyak lagi. Gabungan combo antara Putu dan
makanan-makanan laut tersebut juga dikatakan mampu membuka selera makan
bagi yang mempunyai masalah kurang selera makan. Harga Putu kadang kala
50 sen sebungkus atau 3 bungkus bersamaan RM1. Milan pun selalu makan
juga dan confirm berpeluh satu badan sebab lebih enak dimakan
pedas-pedas. Paling siok kalau pedas-pedas mulut tu kita minum air
sejuk. Slurppp :D
4. Lato'
Latok atau gelaran yang diberi "Anggur Laut" merupakan sejenis tumbuhan
laut menyerupai anggur berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh
didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di mana-mana
restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak
dimakan bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan
laut perlu dielakkan dari terkena cahaya matahari agar ianya tidak layu.
Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap. Milan selalu
makan Latok ni. Kalau pergi pasar di KK confirm mama beli untuk dimakan
seisi keluarga.
5. Tehe'-Tehe'
Nasi Himpit Tehe'-Tehe'
Tehe-tehe adalah sejenis makanan laut yang terkenal di kalangan Bajau
Pantai Timur Sabah. Ianya amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Cara
penyediaan nya amat mudah dimana anda perlu mencuci tehe-tehe tersebut,
masukkan beras ke dalamnya dan rebus. Selepas nasi sudah masak, potong
tehe-tehe tersebut dan boleh dihidangkan. Ini lah yang dipanggil Nasi
Himpit Tehe'-Tehe' Rasanya ada hampir-hampir macam telur ikan tapi
memang sedap.
6. Kima
Kima adalah sejenis kerang laut yang merupakan makanan tradisional Bajau
Pantai Timur Sabah. Bajau Pantai Timur yang sememangnya terkenal
sebagai "Sea Gypsies" amat handal dalam menyelam dan selalu
mendapat Kima sebagai makanan harian pada masa dulu. Makanan ini boleh
dimakan samada secara mentah (selepas dibersihkan) atau selepas dimasak.
Kima yang dimasak selalu dicampurkan bersama sayur-sayuran.